topbella

Monday 19 November 2012

Bila Kompang Di Palu..

Tahniah pada adik kakcik, kerana telah selamat mendirikan rumah tangga bersama suami tercinta. Sepanjang aku menghulurkan bantuan kat umah kakcik, aku sangat seronok. Selama nie mmg jiwa aku dah suka dengan benda2 yg melibatkan kenduri kendara nie. Tapi apakan daya, kat Perak jarang dah nk jmpe gotong royong camnie,especially kat area umah aku. Tgk mase kenduri abang cik dulu, buat kat dewan, masak memasak pun serah kat katering. Lps je kenduri kiteorang balik dan tido..

Ape pun sepanjang majlis nie banyak bende yg buat aku tak bleh nak lupe. Contohnya apabila situasi meminjam baju berlaku. HAHAHAHA. Very2 sweet tau. Lagipun family kakcik sangat baik, dan aku tak rase langsung macam orang luar. Lagi satu yang paling best adalah bile aku dah dapat 2 orang anak sepanjang 5 hari aku kat umah kakcik. Sangat PANTAS kan?? hehehe. 2 orang anak sedara kakcik aliya dan ayuni panggil aku mama. Penat aku suruh panggil makcik, tapi biase la budak2, cepat lupa. Tak sampai 5 minit panggil ak mama balik. Kadang-kadang panggil kakak la hahahaha. Kamu berdua sangat chumel tau. Sedih lak mase nak balik balik Kuala Terengganu malam tu bile budak 2 orang nie jerit2 tak bagi balik. Nak mengalir gak air mate nie.

Sepanjang majlis, takdela pulak jiwa aku nie memberontak nak kawen sangat. Biase-biase je. sebab mungkin dah matang kot. Lagipun aku malas dah nak pikir soal2 nie lagi. Best ape dok macam nie. Tenang je, tapi kalo AA bace ape yg tulis nie kompom aku kene marah. Die tak suke aku pikir mcm 2. Malam tadi aku kuar ngan die, nasib baik die ade keje kat sini kalo tak jangan harapla nak jumpe. Bznye mengalahkan Perdana Menteri. Aku ikut je, nk jumpe jom. 

Apepun semoga hari bahagia aku dan orang2 kat sekeliling aku akan tiba, kerana kami juga berhak bahagia..hehehe

AMIN

Wednesday 24 October 2012

Coretan Rasa Hati


Sekiranya..
Hati ini dapat dilihat, pasti akan terserlah segala kekecewaan dan kesedihan yang ada. Kekecewaan yang lahir daripada ketidakpuasan hati di atas ketidakadilan pada diri

Sekiranya..
Air mata ini dapat dilihat, pasti orang lain turut bersimpati dan menangis bersama-sama. Meratapi apa yang telah berlaku pada diri

Dan Sekiranya..
Aku mampu untuk terbang, pastinya pada waktu ini aku akan menangis di dalam dakapan mak sepuas puas hati dan meluahkan segala kesedihan yang terbuku dihati

Akukah yang bersalah??. Aku sedih kerana membuatkan orang menangis kerana aku. Tapi aku tahu, aku sedang membela nasib seorang sahabat. Biarlah orang membenci aku, biarlah orang berkata-kata. Aku akan terima dengan hati yang terbuka kerana aku tahu aku sedang berjuang untuk seorang sahabat. Salahkanlah aku atas semua yang berlaku. Semoga hati semua orang puas. Biarlah air mata aku terus tumpah, asalkan kalian gembira dan senang hati. Susah untuk aku mengambarkan perasaan aku sekarang. Aku bukanlah seorang yang kuat dan selancang yang dikhabarkan. Aku hanya mampu untuk mengalirkan air mata. Kerana itulah kekuatan aku sekarang.

Seandainya sekarang aku berada di dakapan mak pasti aku tidak akan kembali lagi ke sini. Betapa aku kecewa di sini. Jujur aku bagitau yang aku terlalu sayangkan insan-insan yang ada di sekeliling aku. Betapa aku dapat belajar erti kasih sayang kakak dan abang yang tak pernah aku rasakan sepanjang aku hidup. Terima kasih kerana memberikan aku peluang tersebut.

EMAK,
Along mintak maaf sebab tak dengar cakap mak untuk tinggalkan tempat nie. Along sayangkan semua orang kat sini. Cuma kadang-kadang along tak kuat bila along diserang bertubi-tubi, bila kesalahan along diungkit-ungkit. Along cuma nak balik je skang. Along dah tak mampu nak tempuh apa-apa tekanan lagi. Doakan along untuk terus kuat, untuk terus bangkit setiap kali along terjatuh, dan untuk terus sembuh setiap kali along ditembak.

UNTUK SESIAPA SAHAJA
Tujuan luahan perasaan ini adalah untuk meluahkan apa yang terbuku dihati. Bukan untuk menyakitkan hati sesiapa. Jauh sekali untuk memerli sesiapa. Tetapi seandainya ada hati yang terasa, aku menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf. Benarkan aku untuk memberitahu perasaan aku. Kalian mungkin mempunyai suami, isteri dan saudara mara untuk dikongsi masalah. Aku hanya mempunyai blog ini sebagai peneman aku jadi benarkan aku untuk menggunakan hak aku sebagai seorang manusia. Aku tak pernah salahkan sesiapa atas apa yang berlaku. Kenapa harus menuduh tanpa usul periksa. Kenapa suara aku di biarkan berlalu sepi??. Kenapa aku tidak diberi peluang untuk menjelaskan apa yang berlaku?? dan kalian telah menyusun segerombolan askar yang hebat untuk melancarkan tembakkan mati. TANPA MENDENGAR APA-APA dari aku. Ah betapa hebatnya kuasa itu. Tetapi itu adalah hak kalian, dan gunakanlah hak itu sebaik baiknya. Menghakimi tanpa mendengar bukti dari saksi utama. Terus melatah hanya apabila mendengar guruh dilangit. Tolonglah wahai kalian, dengarlah rintihan suara ini. Aku bukan meminta simpati, aku hanya sekadar minta sedikit hak sebagai manusia di bumi ALLAH ini untuk dibicarakan dan memberi pendapat sebelum hukuman dijatuhkan

p/s: Ribuan terima kasih utk teman serumah, sepinggan, sebantal yang seringkali memberikan semangat dan sentiasa menyedarkan aku diwaktu aku melakukan kesilapan yang aku senditi tidak sedar. Terima kasih kerana telah mendewasakan diri ini dan sentiasa memastikan aku gembira. LOVE YOU SO MUCH..

SEKIAN TERIMA KASIH
SELAMAT HARI RAYA..


Sunday 21 October 2012

Nak balik!!!

Rindunye nak balik umah..nak balik jmpe mak,abah dan adik2..tambah2 dah lame sgt rasenye tak balik kg..last balik adelah mse ari raye ari2..dan ble dh tak balik lame nie la emosi mudah sgt terganggu..senang sgt air mate nie tumpah dan otak nie slalu pk yang bukan2..Rasenye arinie dah berbaldi baldi air mata yg tumpah..Tak tau cane nk describe perasaan nie skang..ENTAHLAH semoga Allah meberikan jalan yg terbaik kepada kami sume..

Tak sabar nk tunggu ari khamis nie, ingat nak balik sndri..tp ble mgenangkan banyak faktor akhirnye ak bt kptsn utk balik ngan 'AA'..Lgpn ujan tak berhenti henti skang..msuk nie dh 2 ari ak tak nmpak cahaya matahari..mgkin sb tu hati ak semendung cuaca..Bila di fikir balik bahaya gak nk drive sorang2 musim2 ujan nie..dah la ak nie spesis yg cute miut..ish ish bahaya..Dan of course ak rase selamat di samping 'AA'..Khamis cepatla datang..

dan yg TERSANGAT pasti ALONG rindu ADIK.......

Monday 15 October 2012

Diari VS Blog

Kalo dl diari menjadi pilihan hati ak tapi sejak akhir2 'passion' ak telah beralih arah ke blog..kikiki..konon cam hebat la kan..agak pening gak la ak nak explore bnde baru nie..setiap persoalan ak ajukan kepada yang pakar..Sebenarnye dah lame dh ak berminat dalam bidang penulisan nie..sepanjang aku hidup, dah 6 diari ak tulis..3 darinye ak dah bakar bile mak ak jumpe dan bace..malu beb..hehehe..dan 3 masih lagi ade dlm simpanan ak..ketiga-tiga diari yg masih wujud nie adalah diari luahan perasaan ak terhadap 'AA'..dan ak namekan diari tersebut 'DIARI CINTA'..ha jgn tak tau..ak sebenarnye sgt sentimental ala2 cite hindustan..tapi bkn aku sorang je mcm 2..mak ngan adik2 ak pun same..senang sgt utk mgalirkan air mate dan buat cite cerekarama kat umah 2..pening pale abah kadang2..tapi nk buat macam mane kan..majoriti adalah wanita..

Sebenarnye ade pro n contras di antara blog dan diari..kalo mase ak nk tulis diari mesti tulisan tak same setiap page..kene2 plak mase2 malas..adik aku punye tulisan lagi cantik..pastu kalo ade typo error msti ak kne koyakkan the whole page..tapi kalo ngan blog banyak sgt tulisan yg cantik2..sedap sket mate memandang..Pastu yg tak bestnye dgn blog nie feel ak lmbat sket nak datang..huhuhu..idea ak lambat sket nak sampai ke dalam pale..hehehehe..ape pn aku akan cube yg terbaik untuk seimbangkan diari dan blog..dan siyes ak mule menyukai hobi baru nie..Thanks to all supporter..yg gigih tanye dah update blog ke blom..yg pasti saya masih dalam sesi pembelajaran..

serangkap pantun untuk sume....

Buah cempedak d luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tlg tunjukkan....

Sunday 14 October 2012

Akhirnye...

Wah wah..selangkah dh maju ke depan nie..kalo dl tulis sume bnde dlm diari skang dah upgrade sket..I dah ade BLOG u!!..GEMPAK tak...Setelah 2 ari aku cube nk buat blog tapi takleh gak..AKHIRNYE dgn bantuan rakan seangkatan iaitu KAK CIK akhirnye blog nie telah wujud..Syabas utk aku dan special thanks to kakcik..ok mase telah menunjukkan kul 6..dah tibe mase utk balik ke rumah..TATA

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~