topbella

Wednesday 24 October 2012

Coretan Rasa Hati


Sekiranya..
Hati ini dapat dilihat, pasti akan terserlah segala kekecewaan dan kesedihan yang ada. Kekecewaan yang lahir daripada ketidakpuasan hati di atas ketidakadilan pada diri

Sekiranya..
Air mata ini dapat dilihat, pasti orang lain turut bersimpati dan menangis bersama-sama. Meratapi apa yang telah berlaku pada diri

Dan Sekiranya..
Aku mampu untuk terbang, pastinya pada waktu ini aku akan menangis di dalam dakapan mak sepuas puas hati dan meluahkan segala kesedihan yang terbuku dihati

Akukah yang bersalah??. Aku sedih kerana membuatkan orang menangis kerana aku. Tapi aku tahu, aku sedang membela nasib seorang sahabat. Biarlah orang membenci aku, biarlah orang berkata-kata. Aku akan terima dengan hati yang terbuka kerana aku tahu aku sedang berjuang untuk seorang sahabat. Salahkanlah aku atas semua yang berlaku. Semoga hati semua orang puas. Biarlah air mata aku terus tumpah, asalkan kalian gembira dan senang hati. Susah untuk aku mengambarkan perasaan aku sekarang. Aku bukanlah seorang yang kuat dan selancang yang dikhabarkan. Aku hanya mampu untuk mengalirkan air mata. Kerana itulah kekuatan aku sekarang.

Seandainya sekarang aku berada di dakapan mak pasti aku tidak akan kembali lagi ke sini. Betapa aku kecewa di sini. Jujur aku bagitau yang aku terlalu sayangkan insan-insan yang ada di sekeliling aku. Betapa aku dapat belajar erti kasih sayang kakak dan abang yang tak pernah aku rasakan sepanjang aku hidup. Terima kasih kerana memberikan aku peluang tersebut.

EMAK,
Along mintak maaf sebab tak dengar cakap mak untuk tinggalkan tempat nie. Along sayangkan semua orang kat sini. Cuma kadang-kadang along tak kuat bila along diserang bertubi-tubi, bila kesalahan along diungkit-ungkit. Along cuma nak balik je skang. Along dah tak mampu nak tempuh apa-apa tekanan lagi. Doakan along untuk terus kuat, untuk terus bangkit setiap kali along terjatuh, dan untuk terus sembuh setiap kali along ditembak.

UNTUK SESIAPA SAHAJA
Tujuan luahan perasaan ini adalah untuk meluahkan apa yang terbuku dihati. Bukan untuk menyakitkan hati sesiapa. Jauh sekali untuk memerli sesiapa. Tetapi seandainya ada hati yang terasa, aku menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf. Benarkan aku untuk memberitahu perasaan aku. Kalian mungkin mempunyai suami, isteri dan saudara mara untuk dikongsi masalah. Aku hanya mempunyai blog ini sebagai peneman aku jadi benarkan aku untuk menggunakan hak aku sebagai seorang manusia. Aku tak pernah salahkan sesiapa atas apa yang berlaku. Kenapa harus menuduh tanpa usul periksa. Kenapa suara aku di biarkan berlalu sepi??. Kenapa aku tidak diberi peluang untuk menjelaskan apa yang berlaku?? dan kalian telah menyusun segerombolan askar yang hebat untuk melancarkan tembakkan mati. TANPA MENDENGAR APA-APA dari aku. Ah betapa hebatnya kuasa itu. Tetapi itu adalah hak kalian, dan gunakanlah hak itu sebaik baiknya. Menghakimi tanpa mendengar bukti dari saksi utama. Terus melatah hanya apabila mendengar guruh dilangit. Tolonglah wahai kalian, dengarlah rintihan suara ini. Aku bukan meminta simpati, aku hanya sekadar minta sedikit hak sebagai manusia di bumi ALLAH ini untuk dibicarakan dan memberi pendapat sebelum hukuman dijatuhkan

p/s: Ribuan terima kasih utk teman serumah, sepinggan, sebantal yang seringkali memberikan semangat dan sentiasa menyedarkan aku diwaktu aku melakukan kesilapan yang aku senditi tidak sedar. Terima kasih kerana telah mendewasakan diri ini dan sentiasa memastikan aku gembira. LOVE YOU SO MUCH..

SEKIAN TERIMA KASIH
SELAMAT HARI RAYA..


1 penyangak:

MamaHadif said...

testing..testing....

Post a Comment

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~