Sekiranya..
Hati ini dapat dilihat, pasti akan terserlah segala
kekecewaan dan kesedihan yang ada. Kekecewaan yang lahir daripada ketidakpuasan
hati di atas ketidakadilan pada diri
Sekiranya..
Air mata ini dapat dilihat, pasti orang lain turut
bersimpati dan menangis bersama-sama. Meratapi apa yang telah berlaku pada diri
Dan Sekiranya..
Aku mampu untuk terbang, pastinya pada waktu ini
aku akan menangis di dalam dakapan mak sepuas puas hati dan meluahkan segala
kesedihan yang terbuku dihati
Akukah yang bersalah??. Aku sedih kerana membuatkan
orang menangis kerana aku. Tapi aku tahu, aku sedang membela nasib seorang
sahabat. Biarlah orang membenci aku, biarlah orang berkata-kata. Aku akan
terima dengan hati yang terbuka kerana aku tahu aku sedang berjuang untuk
seorang sahabat. Salahkanlah aku atas semua yang berlaku. Semoga hati semua
orang puas. Biarlah air mata aku terus tumpah, asalkan kalian gembira dan
senang hati. Susah untuk aku mengambarkan perasaan aku sekarang. Aku bukanlah
seorang yang kuat dan selancang yang dikhabarkan. Aku hanya mampu untuk
mengalirkan air mata. Kerana itulah kekuatan aku sekarang.
Seandainya sekarang aku berada di dakapan mak pasti
aku tidak akan kembali lagi ke sini. Betapa aku kecewa di sini. Jujur aku
bagitau yang aku terlalu sayangkan insan-insan yang ada di sekeliling aku.
Betapa aku dapat belajar erti kasih sayang kakak dan abang yang tak pernah aku
rasakan sepanjang aku hidup. Terima kasih kerana memberikan aku peluang
tersebut.
EMAK,
Along mintak maaf sebab tak dengar cakap mak untuk
tinggalkan tempat nie. Along sayangkan semua orang kat sini. Cuma kadang-kadang
along tak kuat bila along diserang bertubi-tubi, bila kesalahan along
diungkit-ungkit. Along cuma nak balik je skang. Along dah tak mampu nak tempuh
apa-apa tekanan lagi. Doakan along untuk terus kuat, untuk terus bangkit setiap
kali along terjatuh, dan untuk terus sembuh setiap kali along ditembak.
UNTUK SESIAPA SAHAJA
Tujuan luahan perasaan ini adalah untuk meluahkan
apa yang terbuku dihati. Bukan untuk menyakitkan hati sesiapa. Jauh sekali
untuk memerli sesiapa. Tetapi seandainya ada hati yang terasa, aku menyusun
sepuluh jari memohon ampun dan maaf. Benarkan aku untuk memberitahu perasaan
aku. Kalian mungkin mempunyai suami, isteri dan saudara mara untuk dikongsi
masalah. Aku hanya mempunyai blog ini sebagai peneman aku jadi benarkan aku
untuk menggunakan hak aku sebagai seorang manusia. Aku tak pernah salahkan sesiapa atas apa yang berlaku. Kenapa harus menuduh tanpa usul periksa. Kenapa suara aku di biarkan berlalu sepi??. Kenapa aku tidak diberi peluang untuk menjelaskan apa yang berlaku?? dan kalian telah menyusun segerombolan askar yang hebat untuk melancarkan tembakkan mati. TANPA MENDENGAR APA-APA dari aku. Ah betapa hebatnya kuasa itu. Tetapi itu adalah hak kalian, dan gunakanlah hak itu sebaik baiknya. Menghakimi tanpa mendengar bukti dari saksi utama. Terus melatah hanya apabila mendengar guruh dilangit. Tolonglah wahai kalian, dengarlah rintihan suara ini. Aku bukan meminta simpati, aku hanya sekadar minta sedikit hak sebagai manusia di bumi ALLAH ini untuk dibicarakan dan memberi pendapat sebelum hukuman dijatuhkan
p/s: Ribuan terima kasih utk teman serumah, sepinggan, sebantal yang seringkali memberikan semangat dan sentiasa menyedarkan aku diwaktu aku melakukan kesilapan yang aku senditi tidak sedar. Terima kasih kerana telah mendewasakan diri ini dan sentiasa memastikan aku gembira. LOVE YOU SO MUCH..
SEKIAN TERIMA KASIH
SELAMAT HARI RAYA..